Pengikut

SELAMAT DATANG KE LAMAN Agrohias.blogspot.com

Tanah pertanian yang luas saujana mata memandang tidak akan mendatangkan manafaat sekiranya tidak diurus dengan baik, sebaliknya kawasan persekitaran rumah yang sempit dan terhad boleh memberikan pulangan sekiranya diurus dengan betul.Disamping sebagai sudut rekreasi dan santai, persekitaran rumah juga dapat menghasilkan keperluan harian seperti sayuran dan buahan segar sekiranya ada usaha dan kemahuan.Blog ini dibangunkan khusus untuk berkongsi idea dan pengalaman rakan yang meminati bidang agro sama ada sebagai tanaman hiasan, sara diri atau komersial. Juga sebagai medan mempromosikan teknik berkaitan agro dan hasil yang diusahakan.Semoga ruangan ini memberi manafaat kepada kita semua- Budr® Agrohias.blogspot.com

COUNTER

Translator

Khamis, 18 Ogos 2011

Juadah Hari Raya Daripada Betik Muda

Betik atau papaya tidak asing lagi bagi masyarakat kita. Selain ditanam bagi mendapatkan buahnya, betik juga boleh dijadikan tumbuhan teduh atau hiasan di perkarangan rumah.Pucuk dan bunga betik juga dapat dijadikan ulam atau beberapa menu lain yang enak. Zaman saya kanak-kanak dahulu, batang betik dijadikan "meriam karbaid"menggantikan buluh. Awas membuat permainan ini perlu berhati-hati kerana batang betik sangat lembut.Batang betik pada zaman dahulu kebanyakannya lebih besar berbanding sekarang.

Masyarakat Malaysia mempunyai pelbagai kemahiran dan kesenian dalam menghasilkan juadah atau hidangan terutama ketika menyambut hari-hari kebesaraan atau perayaan. Salah satu juadah istimewa yang boleh diperbuat daripada betik ialah halwa yang biasanya disajikan ketika hari raya. Halwa (gambar bawah) dibuat daripada buah betik muda atau buah betik yang kekuningan atau hampir masak. Caranya, betik tersebut dikupas, dipotong dan digubah mengikut citarasa penggubahnya. Kemudian betik yang telah digubah direndam ke dalam air kapur bagi mengeraskannya.

Setelah beberapa ketika, betik dituskan dan dimasukkan kedalam balang yang kedap udara.Gula yang cukup diperlukan.Gula tersebut dimasak bagi menghasilkan air gula,kemudiannya disejukkan dan dimasukkan ke dalam balang. Sejenis batu (seperti tulang) juga dimasukkan bagi meghasilkan halwa yang kelihatan berkaca dan rangup .
Pada peringkat permulaan, air gula perlu dikeluarkan,dimasak, disejukkan dan dimasukkan semula.Proses ini berlarutan selama beberapa hari tanpa gagal.Sekiranya gagal, halwa yang dihasilkan mungkin menjadi masam. Setelah beberapa minggu, betik menjadi halwa yang manis dan sedia untuk dihidangkan.Halwa ini boleh disimpan lama.
Apa yang boleh anda lakukan dengan betik muda?

Proses yang dinyatakan bukanlah proses yang sebenarnya. Perlu rujuk kepada pakar jika anda ingin mencubanya.

Posting ini telah saya paparkan dalam halaman Puakajoran semalam.Beberapa komen daripada pembaca Puakajoran tentang betik muda. Antaranya daripada:

Blogger Simanis:
Kalau mak sedara saya di selatan siam sana suka parut betik muda...ambik cuka, isi ikan kukus, belacan sikit, gula, tenyeh cili padibanyak2...rendam betik tu dan makan...best!

Blogger Syiela:
Somtam...itu kerabu siam.. betik muda di parut.. tambah cili padi skit...garam.. udang kering skit.. mempelam muda skit.. kcg goreng skit dan sos ikan (semua bahan di tumbuk dengan lesung khas.. lesung kayu.. hmmm nyum2 sedap..

Blogger nurani:
Cntik ny seni die..:)

Blogger Empayar Utama:
arwah nenek belah abah mmg suka buat ni. Aku pun suka melantak ni (aku sorang je hehehe)

3 ulasan:

  1. kalau kat kelantan betik juga org buat som tam, pernah makan? :)

    BalasPadam
  2. x pernah...inilah kali pertama dngar nama tu...pastinya best

    BalasPadam
  3. Sedap halwa betik..lama dah tak makan.

    BalasPadam

nuffnang

Senarai Blog Pilihan