Pengikut

SELAMAT DATANG KE LAMAN Agrohias.blogspot.com

Tanah pertanian yang luas saujana mata memandang tidak akan mendatangkan manafaat sekiranya tidak diurus dengan baik, sebaliknya kawasan persekitaran rumah yang sempit dan terhad boleh memberikan pulangan sekiranya diurus dengan betul.Disamping sebagai sudut rekreasi dan santai, persekitaran rumah juga dapat menghasilkan keperluan harian seperti sayuran dan buahan segar sekiranya ada usaha dan kemahuan.Blog ini dibangunkan khusus untuk berkongsi idea dan pengalaman rakan yang meminati bidang agro sama ada sebagai tanaman hiasan, sara diri atau komersial. Juga sebagai medan mempromosikan teknik berkaitan agro dan hasil yang diusahakan.Semoga ruangan ini memberi manafaat kepada kita semua- Budr® Agrohias.blogspot.com

COUNTER

Isnin, 29 Ogos 2011

SALAM AIDIL FITRI 1432H/2011M

Agrohias.blogspot.com mengucapkan Salam Aidil Fitri 1432H/2011M.
اللّهُ أكبراللّهُ أكبر اللّهُ أكبر
Allah is Great, Allah is Great, Allah is Great
لا إلَهَ الا اللّه و اللّهُ أكبر
there is no God, but Allah and Allah is Great
اللّهُ اكبرو لِلّه الحمدَ
Allah is Great and to Him belongs all Praise
اللّهُ أكبرُكَبيِرَاوَالحَمدُ لِلّهِ كَثِيرا
Allah is the Greatest And all Praise is due to Him
وَ سُبحَان اللّهِ بُكرَةً وَأصْيِلا
And Glory to Allah eventide and in the morning
لا إلَهَ الا اللّه وحْدَه
there is no God, but Allah the Unique
صَدَقَ وَعدَه وَنَصَرَعبده
He has fulfilled His Promise and made Victorious His servant
وأعزَ جُنَده وَهزم الأحْزَابَ وحْدَه
and made Mighty His soldiers and defeated the confederates
لا إلَهَ الا اللّه وَلا نَعبُد الا أياه
there is no God, But Allah He alone we worship
مُخلِصِّينَ لَهُ الدّيِنَ وَلوْ كَرِهَ الكَافِروُن
with sincere and exclusive devotion even though the idolaters hate it
لا إلَهَ الا اللّه و اللّهُ أكبر
there is no God, but Allah and Allah is Great
اللّهُ اكبرو لِلّه الحمدَ
Allah is Great and to Him belongs all Praise
DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS,MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Khamis, 25 Ogos 2011

Sedapnya Menghidu Aroma Bunga Durian

Minggu-minggu terakhir Ramadhan, hujan turun saban hari.Kadang-kala berlarutan hingga sehari suntuk. Mungkin memberi seribu rahmat kepada penghuni alam.Hampir seminggu berlalu, jika anda berada di lokasi tempat tinggl kami, pastinya akan terhidu aroma yang menyegarkan.Aroma bunga-bungaan tanaman penduduk setempat seperti durian dan rambutan. Fenomena yang saya kira amat menakjubkan dan jarang-jarang berlaku di sini. Pohon-pohon durian sarat dengan bunga-bunga yang mula menguntum. Pada perkiraan saya, jika tiada ganguan cuaca atau anasir lain, pastinya Felda Gunung Besout akan dibanjiri lambakan buah durian. Rata-rata pokok durian dan rambutan berbunga dengan kadar yang agak luar biasa.
Petang semalam saya menyusup masuk ke lokasi ini.Lihatlah.Mungkinkah akan berlaku runtuhan durian nanti?




Jika hasil penduduk setempat menjadi, maka kamilah antara golongan yang beruntung. Sudah menjadi tradisi, golongan penghijrah seperti kami akan turut menikmati limpahan rezeki yang dikurniakan.



Blogger Zul juga turut terpanggil merakamkan bunga-bungaan yang menerbitkan aroma segar sepanjang hari.



Harap-harap dusun peninggalan arwah bapa di kampung juga berlaku keadaan seumpama ini.













Lokasi: Kebun salah seorang penduduk berdekatan tempat kami bertugas.

Isnin, 22 Ogos 2011

CERMAI DIBUAT JUADAH RAYA?

Cermai, sejenis pokok buah masam yang bentuknya hampir-hampir menyerupai buah melaka, sudah tentu tidak terlalu asing kepada peminat jeruk. Pohon ini tergolong dalam kumpulan tumbuhan berdaun halus dan berbatang lembut.Adakalanya pohon ini mampu mencecah ketinggian melebihi 4 meter jika tidak dikawal.Amat sesuai ditanam di sekitar rumah sebagai pohon peneduh atau penahan angin.Daunya yang kecil memudahkan kerja-kerja pembersihan tatkala dedaun keringnya gugur.

Pohon cermai di hadapan rumah saya, belumpun setahun sudah mulai berbuah.
Cermai akan mengeluarkan bunga yang kemudiannya bertukar menjadi buah pada batangnya.
Buah yang masih mentah atau separa matang.Ketika ini rasa buah cermai masam-masam kelat.
Walaupun rasa buah cermai masam namun dengan kepandaian sesetengah orang, buah yang masam boleh menjadi manis dengan cara menjeruknya.Selain dibuat jeruk, buah cermai juga boleh dibuat "pencuk" . Pencuk dibuat dengan cara menggaul cermai yang dipecahkan dengan lesung bersama-sama cili,belacan,garam dan sedikit gula. Ada kalanya putik nangka (yang tidak menjadi buah) dicampurkan sekali.Saya masih teringat-ingat akan menu ini tapi awas, jika tersilap langkah anda mungkin mengalami cirit-birit.
Pernah juga menjadi "trend" sesetengah masyarakat Melayu di kawasan Utara menjadikan segala macam jeruk yang terdapat di pasaran sebagai juadah atau makanan ringan sewaktu sambutan hari raya. Kebanyakan jeruk diperolehi daripada pembekal di negara seberang. Amatlah dikhuatiri,penggunaan bahan pemanis yang tidak terkawal di dalam jeruk itu akan menyebabkan ramainya pengidap diabetis di negara kita.Berhati-hatilah menikmati jeruk, walaupun anda amat berminat.

Jumaat, 19 Ogos 2011

Kundur Juga Boleh Dijadikan Juadah Hari Raya

Sejenis lagi tanaman yang boleh dijadikan hiasan taman ialah kundur. Tumbuhan menjalar seumpama labu ini senang tumbuh dan mudah berbuah.Lebih menarik jika dibiarkan memanjat "pergola" atau junjungan.Akan kelihatanlah buah-buahnya yang tergantung dan bergayutan seperti gambar di bawah.

Seperti betik, kundur juga boleh dijadikan juadah hari raya. Kaedah pembuatannya lebih kurang sama seperti membuat halwa betik, cuma halwa kundur biasanya dikeringkan seperti halwa kelapa.
Buah kundur juga boleh dijadikan sayur. Digulai bersama-sama ikan atau daging. Terdapat juga minuman berperisa kundur di pasaran. Saya amat menggemari minuman tersebut. Aromanya yang mengasyikkan.Walaupun tumbuhan ini menghasilkan buah yang banyak, petani jarang-jarang menanamnya mungkin disebab permintaan yang rendah harganya yang murah. Ketika ini harga ladang bagi 1kg kundur hanyalah di bawah RM 0.50.

* Lokasi tanaman : di hadapan rumah ibu, Gunung Semanggol.

Khamis, 18 Ogos 2011

Juadah Hari Raya Daripada Betik Muda

Betik atau papaya tidak asing lagi bagi masyarakat kita. Selain ditanam bagi mendapatkan buahnya, betik juga boleh dijadikan tumbuhan teduh atau hiasan di perkarangan rumah.Pucuk dan bunga betik juga dapat dijadikan ulam atau beberapa menu lain yang enak. Zaman saya kanak-kanak dahulu, batang betik dijadikan "meriam karbaid"menggantikan buluh. Awas membuat permainan ini perlu berhati-hati kerana batang betik sangat lembut.Batang betik pada zaman dahulu kebanyakannya lebih besar berbanding sekarang.

Masyarakat Malaysia mempunyai pelbagai kemahiran dan kesenian dalam menghasilkan juadah atau hidangan terutama ketika menyambut hari-hari kebesaraan atau perayaan. Salah satu juadah istimewa yang boleh diperbuat daripada betik ialah halwa yang biasanya disajikan ketika hari raya. Halwa (gambar bawah) dibuat daripada buah betik muda atau buah betik yang kekuningan atau hampir masak. Caranya, betik tersebut dikupas, dipotong dan digubah mengikut citarasa penggubahnya. Kemudian betik yang telah digubah direndam ke dalam air kapur bagi mengeraskannya.

Setelah beberapa ketika, betik dituskan dan dimasukkan kedalam balang yang kedap udara.Gula yang cukup diperlukan.Gula tersebut dimasak bagi menghasilkan air gula,kemudiannya disejukkan dan dimasukkan ke dalam balang. Sejenis batu (seperti tulang) juga dimasukkan bagi meghasilkan halwa yang kelihatan berkaca dan rangup .
Pada peringkat permulaan, air gula perlu dikeluarkan,dimasak, disejukkan dan dimasukkan semula.Proses ini berlarutan selama beberapa hari tanpa gagal.Sekiranya gagal, halwa yang dihasilkan mungkin menjadi masam. Setelah beberapa minggu, betik menjadi halwa yang manis dan sedia untuk dihidangkan.Halwa ini boleh disimpan lama.
Apa yang boleh anda lakukan dengan betik muda?

Proses yang dinyatakan bukanlah proses yang sebenarnya. Perlu rujuk kepada pakar jika anda ingin mencubanya.

Posting ini telah saya paparkan dalam halaman Puakajoran semalam.Beberapa komen daripada pembaca Puakajoran tentang betik muda. Antaranya daripada:

Blogger Simanis:
Kalau mak sedara saya di selatan siam sana suka parut betik muda...ambik cuka, isi ikan kukus, belacan sikit, gula, tenyeh cili padibanyak2...rendam betik tu dan makan...best!

Blogger Syiela:
Somtam...itu kerabu siam.. betik muda di parut.. tambah cili padi skit...garam.. udang kering skit.. mempelam muda skit.. kcg goreng skit dan sos ikan (semua bahan di tumbuk dengan lesung khas.. lesung kayu.. hmmm nyum2 sedap..

Blogger nurani:
Cntik ny seni die..:)

Blogger Empayar Utama:
arwah nenek belah abah mmg suka buat ni. Aku pun suka melantak ni (aku sorang je hehehe)

Sabtu, 6 Ogos 2011

Limau Kasturi?

Tergolong dalam tumbuhan renek, tingginya kurang daripada 1.5 meter. Daunnya kecil, hampir menyerupai daun delima namun mempunyai pecahan 3 bagi setiap tangkai.Mengeluarkan buah yang hanya sebesar hujung jari kelingking orang dewasa dan mempunyai hanya satu biji benih di dalamnya. Rasanya masam dan agak pedar dan mengeluarkan aroma seperti limau.Saya agak keliru dengan tanaman ini. Menurut ibu, tanaman unik ini ialah limau kasturi. Lazimnya masyarakat mengenali limau kasturi ialah limau yang bersaiz kecil sedikit daripada bola pingpong, banyak ditanam oleh petani dan digunakan secara meluas dalam industri pembuatan kordial, perasa masakan, jus, perisa minuman dan bahan asas beberapa kosmetik secara tradisional. Menurut ibu, limau yang dikenali oleh masyarakat ramai sebagai limau kasturi itu sebenarnya limau kerisik. Tidak dapat dipastikan apakah kegunaannya, tetapi masyarakat Melayu lebih terarah kepada amalan perubatan tradisional. Apapun bagi peminat dan pengumpul tanaman unik bolehlah menjadikan tanaman ini sebagai tanaman hiasan di halaman rumah. Sesuai juga ditanam di dalam pasu.

 Daunnya yang kecil.
 
 Limau yang masih muda berwarna hijau.
 Limau masak.

 Lokasi : Rumah ibu

Rabu, 3 Ogos 2011

Pomelo

Pomelo atau limau bali.Satu lagi koleksi tanaman ibu.Dikenali juga sebagai limau tambun (Inggeris: Pomelo) merupakan sejenis limau besar yang banyak ditanam di sekitar Tambun, Perak.Oleh sebab pokoknya yang tidak terlalu tinggi, limau ini sesuai juga ditanam di persekitaran rumah.Nama saintifik bagi Limau Bali ialah Citrus Grandis (L) atau Citrus maxima juga dipanggil sebagai Pomelo, Limau Besar, Limau Abung, Limau Tambun atau Limau Betawi. Limau ini dipercayai berasal dari Asia Tenggara dan banyak ditanam di Indonesia, China dan Thailand. Di Malaysia, Limau Bali banyak ditanam di negeri Perak, Kedah, Melaka, Kelantan, Johor dan Sabah.Teringat sewaktu kecil berebut limau "gedangsa".

Selasa, 2 Ogos 2011

Limau Telur Buaya

Satu lagi jenis limau yang saya temui ditanam oleh ibu, "limau telur buaya". Buahnya berbentuk lonjong kehijau-hijauan dan berubah kekuningan apabila matang. Hampir menyerupai lemon tetapi kulitnya agak tebal dan rasanya masam bercampur sedikit pahit. Secara tradisinya limau ini dijeruk,dikeringkan dan dijadikan acar oleh sesetengah orang yang menggemarinya.Perahan limau ini juga sesuai dibuat perisa masakan dan boleh juga digunakan untuk menghilangkan hanyir ikan.




nuffnang

visitors