SELAMAT DATANG KE LAMAN Agrohias.blogspot.com

Tanah pertanian yang luas saujana mata memandang tidak akan mendatangkan manafaat sekiranya tidak diurus dengan baik, sebaliknya kawasan persekitaran rumah yang sempit dan terhad boleh memberikan pulangan sekiranya diurus dengan betul.Disamping sebagai sudut rekreasi dan santai, persekitaran rumah juga dapat menghasilkan keperluan harian seperti sayuran dan buahan segar sekiranya ada usaha dan kemahuan.Blog ini dibangunkan khusus untuk berkongsi idea dan pengalaman rakan yang meminati bidang agro sama ada sebagai tanaman hiasan, sara diri atau komersial. Juga sebagai medan mempromosikan teknik berkaitan agro dan hasil yang diusahakan.Semoga ruangan ini memberi manafaat kepada kita semua- Budr® Agrohias.blogspot.com

Ahad, 30 Jun 2013

Nanas Eropah

Mengambil kesempatan untuk memaparkan nanas yang ditanam di perkarangan rumah.Jumlah atau bilangan pokok nanas yang dapat ditanam tidaklah banyak.Terdapat kira-kira 4 pokok nanas eropah dan 6 pokok nanas hijau. Alhamdulillah, keempat-empat nanas eropah sudah dapat hasilnya manakala satu daripada nanas-nanas hijau sudah berputik.

 Nanas eropah dan nanas hijau ditanam secara berselang seli.
 Nanas eropah mula berputik.


 Mula membesar.

 Mula matang.
Nanas eropah amat mudah diuruskan kerana deduri pada daunnya agak kurang.
Nanas hijau. Buahnya hijau dan rasanya sedikit masam. Sesuai dibuat masakan paceri.Di kalangan penduduk setempat nans ini sebagai ramuan perubatan secara tradisional bagi menyembuhkan penyakit batu karang dan darah tinggi.Seperti nanas moris, duri-duri pada dedaunnya amat menyukarkan proses merumput.
Sudah dapat dituai. Rasa yang sangat manis.Masa yang diambil untuk menghasilkan nanas ini agak lama. Kira-kira tujuh bulan dari anak pokok ditanam.

Ketika ini saya menambah 10 pokok nanas jenis moris di ruang terhad sekitar rumah. Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan benih nanas moris boleh berhubung di ruang catatan. 

Sebagai makluman anak-anak benih nanas ini dihasilkan dari ladang-ladang kecil sahabat-sahabat  di sekitar Gunung Semanggol dan Bagan Serai. 

Jika anda melalui jalan lama (persekutuan) Ipoh - Butterworth anda boleh singgah di gerai nanas mereka yang terletak di Kampung Sungai kepar, berhampiran Simpang Empat Semanggol dengan harga yang berpatutan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

nuffnang