SELAMAT DATANG KE LAMAN Agrohias.blogspot.com

Tanah pertanian yang luas saujana mata memandang tidak akan mendatangkan manafaat sekiranya tidak diurus dengan baik, sebaliknya kawasan persekitaran rumah yang sempit dan terhad boleh memberikan pulangan sekiranya diurus dengan betul.Disamping sebagai sudut rekreasi dan santai, persekitaran rumah juga dapat menghasilkan keperluan harian seperti sayuran dan buahan segar sekiranya ada usaha dan kemahuan.Blog ini dibangunkan khusus untuk berkongsi idea dan pengalaman rakan yang meminati bidang agro sama ada sebagai tanaman hiasan, sara diri atau komersial. Juga sebagai medan mempromosikan teknik berkaitan agro dan hasil yang diusahakan.Semoga ruangan ini memberi manafaat kepada kita semua- Budr® Agrohias.blogspot.com

Isnin, 22 Ogos 2011

CERMAI DIBUAT JUADAH RAYA?

Cermai, sejenis pokok buah masam yang bentuknya hampir-hampir menyerupai buah melaka, sudah tentu tidak terlalu asing kepada peminat jeruk. Pohon ini tergolong dalam kumpulan tumbuhan berdaun halus dan berbatang lembut.Adakalanya pohon ini mampu mencecah ketinggian melebihi 4 meter jika tidak dikawal.Amat sesuai ditanam di sekitar rumah sebagai pohon peneduh atau penahan angin.Daunya yang kecil memudahkan kerja-kerja pembersihan tatkala dedaun keringnya gugur.

Pohon cermai di hadapan rumah saya, belumpun setahun sudah mulai berbuah.
Cermai akan mengeluarkan bunga yang kemudiannya bertukar menjadi buah pada batangnya.
Buah yang masih mentah atau separa matang.Ketika ini rasa buah cermai masam-masam kelat.
Walaupun rasa buah cermai masam namun dengan kepandaian sesetengah orang, buah yang masam boleh menjadi manis dengan cara menjeruknya.Selain dibuat jeruk, buah cermai juga boleh dibuat "pencuk" . Pencuk dibuat dengan cara menggaul cermai yang dipecahkan dengan lesung bersama-sama cili,belacan,garam dan sedikit gula. Ada kalanya putik nangka (yang tidak menjadi buah) dicampurkan sekali.Saya masih teringat-ingat akan menu ini tapi awas, jika tersilap langkah anda mungkin mengalami cirit-birit.
Pernah juga menjadi "trend" sesetengah masyarakat Melayu di kawasan Utara menjadikan segala macam jeruk yang terdapat di pasaran sebagai juadah atau makanan ringan sewaktu sambutan hari raya. Kebanyakan jeruk diperolehi daripada pembekal di negara seberang. Amatlah dikhuatiri,penggunaan bahan pemanis yang tidak terkawal di dalam jeruk itu akan menyebabkan ramainya pengidap diabetis di negara kita.Berhati-hatilah menikmati jeruk, walaupun anda amat berminat.

14 ulasan:

  1. Kecur air liur saya baca ni.. Haha..

    BalasPadam
  2. suka singgah seberang perai beli jeruk ni ketika kakak saya masih belajar di USM. Sedap.

    BalasPadam
  3. saya pun...masa dok bukit mertajam selalu juga beli jeruk buah pala

    BalasPadam
  4. asslmlkm,dulu kecil sampai remaja masa masih tinggal di kampung saya suka buat garam belacan dan masukkan buah cermai yang ditumbuk kasar hmmm cukup sedap la makan adehhh kecur air liur ni teringat kesedapannya

    BalasPadam
  5. lama betul tak makan buah cermai...saya x suka jeruk, jadi buah ni saya makan macam tu je la...

    BalasPadam
  6. Terima kasih berkunjung ke blog saya. Masa kecik-kecik suka juga buat jeruk ceremai sendiri.

    BalasPadam
  7. Salam, Terima kasih kerana berkunjung ke laman blog saya. Sekarang susah nak cari pokok ni, yanga da di jual kacukan dari Thailand yang mana buahnya tidak masam. Yang ori juga yang sedap di buat pencuk! Telioq sungguh ;)

    BalasPadam
  8. Salut,
    Magiques.... toutes ces belles photos que vous nous montrez sur des fruits exotiques que malheureusement nous n'avons pas en Europe.
    Merci de nous faire partager.
    Amitiés.Celeste

    BalasPadam
  9. Inilah kali pertama saya mengenali pokok ini. Bila berkunjung ke utara Malaysia, akan saya cuba mencarikan.

    BalasPadam
  10. emm masamnya... tumbuk bagi hancur skit pas tu cicah ngan kicap + gula... sedap.

    BalasPadam
  11. Tokan2 Autumm Belle - Anda boleh dapat di kedai2 atau tapak semaian bunga dan landskap sekitar kawasan Slim River. Di pasar minggu (ahad) slim riverpun saya pernah terserempak ada orang jual.

    BalasPadam
  12. salam !hyep :)
    wahh sedapnya buah cermai tu :)
    my favourite :)

    BalasPadam
  13. saya pon....tp x leh makan banyak2..ngilu gigi

    BalasPadam

nuffnang