SELAMAT DATANG KE LAMAN Agrohias.blogspot.com

Tanah pertanian yang luas saujana mata memandang tidak akan mendatangkan manafaat sekiranya tidak diurus dengan baik, sebaliknya kawasan persekitaran rumah yang sempit dan terhad boleh memberikan pulangan sekiranya diurus dengan betul.Disamping sebagai sudut rekreasi dan santai, persekitaran rumah juga dapat menghasilkan keperluan harian seperti sayuran dan buahan segar sekiranya ada usaha dan kemahuan.Blog ini dibangunkan khusus untuk berkongsi idea dan pengalaman rakan yang meminati bidang agro sama ada sebagai tanaman hiasan, sara diri atau komersial. Juga sebagai medan mempromosikan teknik berkaitan agro dan hasil yang diusahakan.Semoga ruangan ini memberi manafaat kepada kita semua- Budr® Agrohias.blogspot.com

Khamis, 25 Ogos 2011

Sedapnya Menghidu Aroma Bunga Durian

Minggu-minggu terakhir Ramadhan, hujan turun saban hari.Kadang-kala berlarutan hingga sehari suntuk. Mungkin memberi seribu rahmat kepada penghuni alam.Hampir seminggu berlalu, jika anda berada di lokasi tempat tinggl kami, pastinya akan terhidu aroma yang menyegarkan.Aroma bunga-bungaan tanaman penduduk setempat seperti durian dan rambutan. Fenomena yang saya kira amat menakjubkan dan jarang-jarang berlaku di sini. Pohon-pohon durian sarat dengan bunga-bunga yang mula menguntum. Pada perkiraan saya, jika tiada ganguan cuaca atau anasir lain, pastinya Felda Gunung Besout akan dibanjiri lambakan buah durian. Rata-rata pokok durian dan rambutan berbunga dengan kadar yang agak luar biasa.
Petang semalam saya menyusup masuk ke lokasi ini.Lihatlah.Mungkinkah akan berlaku runtuhan durian nanti?




Jika hasil penduduk setempat menjadi, maka kamilah antara golongan yang beruntung. Sudah menjadi tradisi, golongan penghijrah seperti kami akan turut menikmati limpahan rezeki yang dikurniakan.



Blogger Zul juga turut terpanggil merakamkan bunga-bungaan yang menerbitkan aroma segar sepanjang hari.



Harap-harap dusun peninggalan arwah bapa di kampung juga berlaku keadaan seumpama ini.













Lokasi: Kebun salah seorang penduduk berdekatan tempat kami bertugas.

5 ulasan:

  1. Kalaulah penternak lebah juga ada di sini. Mesti dapat rasa madu durian sebab madu durian memang sedap!

    BalasPadam
  2. wahh lebatnya bunga durian...harap2 semua menjadi. InsyaAllah.

    BalasPadam
  3. Suka sungguh kamu dgn derian ye? Tapi betul la... Tahun ni durian kat umah mak kat kg saya, berbunga 2 kali. Sebelum puasa ari tu dah berbuah dan luruh pastu skrg ni tetiba dia berbunga lagi skali. Banyak plak tuh.

    BalasPadam
  4. Haah rumah mak saya pun dengar ceritanya durian berbunga lebat..

    BalasPadam
  5. Widok drzewa z tak dużą ilością kwiatów jest niesamowity.A jak jeszcze pachną, to jeszcze większa przyjemność. Pozdrawiam

    BalasPadam

nuffnang