Tergolong dalam tumbuhan renek, tingginya kurang daripada 1.5 meter. Daunnya kecil, hampir menyerupai daun delima namun mempunyai pecahan 3 bagi setiap tangkai.Mengeluarkan buah yang hanya sebesar hujung jari kelingking orang dewasa dan mempunyai hanya satu biji benih di dalamnya. Rasanya masam dan agak pedar dan mengeluarkan aroma seperti limau.Saya agak keliru dengan tanaman ini. Menurut ibu, tanaman unik ini ialah limau kasturi. Sewaktu belum matang putik buahnya berwarna hijau dan bentuk buahnya sedikit lonjong persis limau pagar. Apabila matang warna bertukar merah jingga dan berbentuk bulat.
Lazimnya masyarakat mengenali limau kasturi ialah limau yang bersaiz kecil sedikit daripada bola pingpong, banyak ditanam oleh petani dan digunakan secara meluas dalam industri pembuatan kordial, perasa masakan, jus, perisa minuman dan bahan asas beberapa kosmetik secara tradisional. Menurut ibu, limau yang dikenali oleh masyarakat ramai sebagai limau kasturi itu sebenarnya limau kerisik. Tidak dapat dipastikan apakah kegunaannya, tetapi masyarakat Melayu lebih terarah kepada amalan perubatan tradisional. Apapun bagi peminat dan pengumpul tanaman unik bolehlah menjadikan tanaman ini sebagai tanaman hiasan di halaman rumah. Sesuai juga ditanam di dalam pasu.
Berdasarkan perkongsian dengan rakan-rakan agro, limau ini dikenali dengan nama limau pipit, rasanya sedikit manis kelat, boleh makan terus , bijinya besar juga , ada biji 2 atau 3 dalam tiap sebiji buah. Mudah untuk menanamnya,benih cepat hidup. Itulah maklumat yang disampaikan sahabat saya ustaz Johdi Ismail yang menurutnya, bapa saudaranya juga ada ada menanam pokok limau ini.
Daunnya yang kecil bercabang tiga.
Limau yang masih muda berwarna hijau berbentuk lonjong seperti limau pagar tetapi kecil.
Buah limau masak warna merah Dan berbentuk bulat dengan hanya satu biji benih.
Lokasi : Rumah ibu
go green .. go follow..interesting your post & content..keep rolling :)
BalasPadam