Pengikut

SELAMAT DATANG KE LAMAN Agrohias.blogspot.com

Tanah pertanian yang luas saujana mata memandang tidak akan mendatangkan manafaat sekiranya tidak diurus dengan baik, sebaliknya kawasan persekitaran rumah yang sempit dan terhad boleh memberikan pulangan sekiranya diurus dengan betul.Disamping sebagai sudut rekreasi dan santai, persekitaran rumah juga dapat menghasilkan keperluan harian seperti sayuran dan buahan segar sekiranya ada usaha dan kemahuan.Blog ini dibangunkan khusus untuk berkongsi idea dan pengalaman rakan yang meminati bidang agro sama ada sebagai tanaman hiasan, sara diri atau komersial. Juga sebagai medan mempromosikan teknik berkaitan agro dan hasil yang diusahakan.Semoga ruangan ini memberi manafaat kepada kita semua- Budr® Agrohias.blogspot.com

COUNTER

Translator

Khamis, 6 Mei 2010

Para-para atau Pergola

Saya tidak pasti apakah nama alat ini. Bahasa mudahnya para-para. Bukan tempat meletak pinggan seperti para-para di rumah tetapi kegunaanya sebagai tempat naik bagi tumbuhan menjalar seperti labu, kacang panjang dan mungkin juga anggur. Saya masih ingat semasa kecil nenek menamakan alat ini sebagai "Junjung". Rakan-rakan pula menyebut "Pergola". Apapun namanya, penggemar seni hias halaman rumah boleh mendapatkan rekaan ini melalui Golokkraf.blogspot.com. dengan harga yang berpatutan.Untuk paparan berikutnya, saya akan cuba mendapatkan gambar-gambar menarik gondola yang menjadi "Trade Mark" penduduk Felda sekitar sini. Cantik dengan tumbuhan yang menjalar dan berbuah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

nuffnang

Senarai Blog Pilihan