Pengikut

SELAMAT DATANG KE LAMAN Agrohias.blogspot.com

Tanah pertanian yang luas saujana mata memandang tidak akan mendatangkan manafaat sekiranya tidak diurus dengan baik, sebaliknya kawasan persekitaran rumah yang sempit dan terhad boleh memberikan pulangan sekiranya diurus dengan betul.Disamping sebagai sudut rekreasi dan santai, persekitaran rumah juga dapat menghasilkan keperluan harian seperti sayuran dan buahan segar sekiranya ada usaha dan kemahuan.Blog ini dibangunkan khusus untuk berkongsi idea dan pengalaman rakan yang meminati bidang agro sama ada sebagai tanaman hiasan, sara diri atau komersial. Juga sebagai medan mempromosikan teknik berkaitan agro dan hasil yang diusahakan.Semoga ruangan ini memberi manafaat kepada kita semua- Budr® Agrohias.blogspot.com

COUNTER

Jumaat, 28 Mei 2010

Kucai

Setelah sekian lama tidak diurus, lantaran sibuk yang berpanjangan di samping semangat yang kian luntur akibat musim panas yang berlarutan kini kucai yang saya tanam kembali subur. Mungkin disebabkan hujan yang turun setiap hari dan siraman baja cecair.Senang menanam kucai, serangan serangga perosak hampir tiada berbanding sayuran lain.

Sayur Kangkung

Seminggu yang lalu saya cuba menanam sejenis lagi sayuran iaitu kangkung di pojok dan ruang sempit hadapan rumah. Tanahnya adalah dari jenis tanah liat dan agak berbatu . Setelah dibuat batas-batas kecil dan membuag batu-batu kecil dan besar, inilah hasilnya.Kebetulan hujan yang berpanjangan dan siraman baja, kangkung ini dapat hidup walaupun tidak terlalu subur.

Pokok Bebuas

Sekali lihat daunnya mirip bunga raya. Bahasa kampungnya, tumbuhan ini dikenali dengan nama pokok bebuas. Baunya agak keras tetapi menyenangkan bagi sesetengah orang. Daun muda atau pucuk pokok ini boleh dibuat ulam dengan cara merebusnya. Ada juga orang yang memakan secara mentah. Antara khasiat tumbuhan ini, dipercayai dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.
Bunganya seakan-akan bunga dan buah cenerai.


Bahagian pucuk yang dibuat ulam.
Lokasi: SK Besout 3

Jumaat, 21 Mei 2010

Tumbuhan Menjalar dan Pergola

Sebelum pulang dari kerja, sempat merayau sekitar Felda Gunung Besout. Inilah hasilnya. Pergola yang telah dijalari oleh labu, petola, kacang panjang dan timun. Saya tidak berapa pasti rumah siapakah yang empunya pergola ini, tetapi lokasinya di sekitar Felda Gunung Besout 2.










Isnin, 17 Mei 2010

Pergola Golokkraf

Seperti menjadi satu kemestian, setiap rumah di Felda Gunung Besout didirikan sebuah "pergola" di hadapan rumah mereka. Berikut saya paparkan pergola yang ditempah oleh seorang rakan yang juga peneroka Felda Besout 3.Pergola ini dihasilkan oleh Tok Kie dari Golokkraf.blogspot.com. Kepada peminat pergola bolehlah berurusan dengan pemilik golokkraf.blogspot.com untuk tempahan.


Mengkudu



Lokasi: SKB3

Khamis, 13 Mei 2010

Pokok Ati-ati Penawar Batuk

Pokok ati-ati sejenis tumbuhan yang mudah tumbuh melalui keratan batang dan percambahan biji benih. Secara tradisionalnya pokok ini pernah dijadikan penawar batuk. Caranya ambil beberapa helai daun yang agak matang "diupar" dengan kapur sireh. Cecair yang terbit daripada percampuran dua bahan itu disapu di bahagian leher (di bawah dagu) dan dibiarkan kering. Kaedah ini dapat mengurangkan kerengsaan akibat batuk. walaubagaimanapun saya tidak pasti sama ada pokok yang terdapat dengan kepelbagaian variasi ini, kesemuanya sesuai. Saya hanya pernah lihat pokok yang digunakan adalah pokok ati-ati yang ditanam oleh orang dulu-dulu (spesis lama).

Selasa, 11 Mei 2010

RUMAH SDR. TARMIZI DIHEMPAP POKOK MANGGA

Malang tidak berbau, begitulah halnya yang berlaku pada Sdr. Tarmizi salah seorang rakan yang mendiami Kompleks Perumahan Kakitangan Perbadanan Kilang Sawit Felda Gunung Besout. Sebahagian rumahnya ranap dihempap pokok mangga yang tumbang semasa hujan lebat dan angin kencang lewat petang semalam. Beliau bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan dan sempat mengalih 2 buah kenderaan yang ditempatkan di situ. Rakan-rakan sekerja bergotong royong membantu mengalihkan pokok yang tumbang beberapa ketika selepas itu. Kepada rakan-rakan lain, awasilah pokok-pokok yang ditanam berhampiran rumah, pastikan tidak terlalu tinggi dan rendang sehingga mengancam keselamatan.




Jumaat, 7 Mei 2010

Jamuan di Pagi Jumaat

Budaya orang melayu yang harus dipertahankan. Apabila beroleh sesuatu hajat atau impian termakbul mereka tidak lokek untuk mengadakan jamuan atau kenduri kesyukuran sambil berdoa. Begitu jugalah halnya dengan salah seorang warga pentadbiran kami. Mengadakan jamuan kesyukuran pada pagi tadi.

Menariknya hidangan ini diserikan dengan ulam-ulaman yang terdapat di persekitaran tempat kerja kami. Bermacam ulam disajikan seperti timun, bebuas, mata itik, serai kayu, beluntas, cabang tiga serta sabung nyawa.


nuffnang

visitors