Pengikut

SELAMAT DATANG KE LAMAN Agrohias.blogspot.com

Tanah pertanian yang luas saujana mata memandang tidak akan mendatangkan manafaat sekiranya tidak diurus dengan baik, sebaliknya kawasan persekitaran rumah yang sempit dan terhad boleh memberikan pulangan sekiranya diurus dengan betul.Disamping sebagai sudut rekreasi dan santai, persekitaran rumah juga dapat menghasilkan keperluan harian seperti sayuran dan buahan segar sekiranya ada usaha dan kemahuan.Blog ini dibangunkan khusus untuk berkongsi idea dan pengalaman rakan yang meminati bidang agro sama ada sebagai tanaman hiasan, sara diri atau komersial. Juga sebagai medan mempromosikan teknik berkaitan agro dan hasil yang diusahakan.Semoga ruangan ini memberi manafaat kepada kita semua- Budr® Agrohias.blogspot.com

COUNTER

Isnin, 26 November 2012

MAHA 2012 Sasar Tiga Juta Pengunjung

Wartawan Sinar Harian, Foto: MardiTech Corporation
25 November 2012
MAHA 2012
Pekerja Penyelidikan Padi Seberang Prai, Marzuki Abdul Rahman menunjukkan cara untuk menggunakan mesin pelarai padi MR269 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, semalam.
MAHA 2012
Pelancong dari Ukraine, Tina Sukhina tidak melepaskan peluang untuk membeli buah manggis yang dijual di Pameran. - Foto Bernama.
MAHA 2012
Peniaga, Nur Syazalina Nazari sedang menyusun jagung yang dilelong - Foto Bernama
MAHA 2012
Pengunjung memenuhi kawasan buah-buahan Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia. - Foto Bernama
MAHA 2012
Pengunjung merakamkan gambar bunga yang kini dipamerkan di Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia 2012, Sedang. - Foto Bernama
MAHA 2012
Ribuan pengunjung tidak melepaskan peluang ini.
 
KEMENTERIAN Pertanian Industri Asas Tani menyasarkan tiga juta pengunjung Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro pelancongan Malaysia 2012 (Maha) yang kini sedang berlangsung.

Dengan tema Transformasi Pertanian Melalui Inovasi, Maha memperkenalkan aktiviti-aktiviti baru untuk meningkatkan bilangan pengunjung pada kali ini.

Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, Maha yang berlangsung selama 10 hari melibatkan 100 institusi dengan pameran teknologi dan inovasi yang merangkumi pembaharuan sepanjang rantaian nilai from farm to table.

“Inovasi terlibat termasuklah dalam bidang pertanian, perikanan, penternakan dan industri asas tani,” katanya.

Menurutnya, dengan rantaian nilai, pengunjung boleh melihat produk yang dihasilkan.

“Di sektor penternakan, pengunjung boleh memerah susu lembu dan memprosesnya menjadi keju atau ais krim. Aktiviti tersebut menjadi sebahagian pengalaman pengunjung yang datang ke sini,” katanya.

Beliau berkata, di Laman Padi, pengunjung diberi pendedahan mengenai benih, padi dan beras.

“Bagi mereka yang tidak pernah berkesempatan melihat padi di sawah, inilah peluang yang harus anda rebut kerana di laman ini terdapat padi yang sedang menguning.

“Pengunjung juga boleh membeli beras wangi yang turut dijual di sana,” katanya.

Di Agro Bazaar, pengunjung juga berpeluang menikmati pelbagai produk pertanian segar, makanan diproses dan produk industri asas tani.

Kemudahan dipertingkatkan

Tapak Taman Ekspo Pertanian Serdang (Maeps) berkeluasan 130 hektar yang menjadi lokasi pameran Maha menempatkan tujuh laman dengan persembahan konsep tersendiri.

Laman Padi, Laman Nanas, Laman Sayuran, Laman Perikanan, Laman Penternakan, Laman Florikultur dan Laman Jentera dengan tawaran pelbagai aktiviti menarik.

Noh berkata, lelongan haiwan merupakan aktiviti terbaru yang diadakan di Laman Ternakan.

“Pengunjung berpeluang mendapatkan haiwan peliharaan seperti kucing semasa lelongan tersebut.

“Rangka ikan paus terbesar juga di pamer di sini,” katanya.

Pengunjung di Laman Sayuran berpeluang melihat longgokan labu besar tempatan yang dihasilkan dengan menggunakan teknologi terkini.

Selain daripada itu Maha Wedding Garden di Laman Florikultur juga merupakan kelainan pada tahun ini. Ia menampilkan perbagai trend terkini yang boleh dijadikan ilham bagi pasangan yang sedang tercari-cari konsep perkahwinan.

Maha juga mengetengahkan 13 pavilion negeri yang mana setiap pavilion menampilkan ikon atau lambang.

“Di sini pengunjung boleh melihat keistimewaan setiap negeri,” katanya.

Untuk memberi keselesaan kepada pengunjung, kemudahan awam dipertingkatkan.

Kuantiti surau, tandas, nursing room ditambah dan ditempatkan di lokasi strategik bagi mengelakkan kesesakan.

“Begitu juga dengan jumlah trem yang turut ditambah. Orang ramai tidak perlu beratur panjang dan menunggu lama untuk menggunakan trem ke destinasi Maha ini.

“Laluan ke Maha juga dipertingkatkan kepada tujuh link bagi memudahkan pengunjung untuk akses ke sini,” katanya.

Pameran Maha ini bermula 23 November sehingga 2 Disember dibuka pada jam 10 pagi sehingga 10 malam. Masuk adalah percuma.

Pengunjung yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh melayari www.maha.gov. my atau menghubungi Marditech Corporation selaku sekretariat Maha di talian 03-89439877.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/rencana/

1 ulasan:

  1. Salam. mcm2 ada semasa MAHA yg lalu. Sygnya sy jauh di Kelantan. X sempat gi.
    P.S. TQ krn follow blog lama sy iaitu www.jukdin.com. Blog itu telah ditutup dan kini sy menulis dari jukdin.blogspot.com.

    BalasPadam

Senarai Blog Pilihan