SELAMAT DATANG KE LAMAN Agrohias.blogspot.com

Tanah pertanian yang luas saujana mata memandang tidak akan mendatangkan manafaat sekiranya tidak diurus dengan baik, sebaliknya kawasan persekitaran rumah yang sempit dan terhad boleh memberikan pulangan sekiranya diurus dengan betul.Disamping sebagai sudut rekreasi dan santai, persekitaran rumah juga dapat menghasilkan keperluan harian seperti sayuran dan buahan segar sekiranya ada usaha dan kemahuan.Blog ini dibangunkan khusus untuk berkongsi idea dan pengalaman rakan yang meminati bidang agro sama ada sebagai tanaman hiasan, sara diri atau komersial. Juga sebagai medan mempromosikan teknik berkaitan agro dan hasil yang diusahakan.Semoga ruangan ini memberi manafaat kepada kita semua- Budr® Agrohias.blogspot.com

Isnin, 27 Mei 2013

Pokok Randa Dan Anak Benih

Sekali imbas saling tidak tumpah bunga jenjarum atau ixora.Daunnyapun mirip bunga tersebut tetapi batang pohon ini ditumbuhi duri-duri seperti duri limau.Inilah pokok randa,tumbuhan yang agak unik daripada koleksi ibu saya.Masih tegar berbuah hingga kini





Anak-anak benih yang saya hasilkan.
 Berusia lebih 2 bulan.
Kini anak-anak benih sudah berusia lebih 4 bulan dan ketinggiannya menjangkau 1 kaki. Sedia untuk dimiliki oleh sesiapa yang berminat.Harga bermula dari RM 8-10/ pokok. (Terhad)


Info sebelum ini:http://agrohias.blogspot.com/2011/09/serupa-tapi-tidak-sama.html#comment-form

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum. Saya nak beli benih randa...tlg beri maklumat lanjut. .terima kasih.

    BalasPadam

nuffnang