SELAMAT DATANG KE LAMAN Agrohias.blogspot.com

Tanah pertanian yang luas saujana mata memandang tidak akan mendatangkan manafaat sekiranya tidak diurus dengan baik, sebaliknya kawasan persekitaran rumah yang sempit dan terhad boleh memberikan pulangan sekiranya diurus dengan betul.Disamping sebagai sudut rekreasi dan santai, persekitaran rumah juga dapat menghasilkan keperluan harian seperti sayuran dan buahan segar sekiranya ada usaha dan kemahuan.Blog ini dibangunkan khusus untuk berkongsi idea dan pengalaman rakan yang meminati bidang agro sama ada sebagai tanaman hiasan, sara diri atau komersial. Juga sebagai medan mempromosikan teknik berkaitan agro dan hasil yang diusahakan.Semoga ruangan ini memberi manafaat kepada kita semua- Budr® Agrohias.blogspot.com

Isnin, 24 Ogos 2015

Kesum atau Cenehom

Sekali pandang seperti rimbunan rumput. Pokok kesum yang selalu menjadi ramuan masakan terutama dalam sajian kuah laksa dan asam pedas. Tumbuh dan membiak dengan pantas di perkarangan kantin tempat saya bertugas. Tidak susah lagi untuk ke pasar. Terlintas sahaja mahu masak laksa atau asam pedas, petik saja. Tiada baja dan tiada racun kimia digunakan.Sesetengah orang namakan tumbuhan ini pokok Cenehom.

2 ulasan:

  1. Kesum ni memang tak sah kalau takde dlm laksa.

    Dapatkah cahaya infrared menyembuhkan penyakit? Ikuti kupasannya disini Rawatan Alternatif Untuk Penyembuhan

    BalasPadam
  2. nape la kesum yang saya tanam tak penah menjadi...sat ja subur pastu kejur...sedih betui la

    BalasPadam

nuffnang