Pengikut

SELAMAT DATANG KE LAMAN Agrohias.blogspot.com

Tanah pertanian yang luas saujana mata memandang tidak akan mendatangkan manafaat sekiranya tidak diurus dengan baik, sebaliknya kawasan persekitaran rumah yang sempit dan terhad boleh memberikan pulangan sekiranya diurus dengan betul.Disamping sebagai sudut rekreasi dan santai, persekitaran rumah juga dapat menghasilkan keperluan harian seperti sayuran dan buahan segar sekiranya ada usaha dan kemahuan.Blog ini dibangunkan khusus untuk berkongsi idea dan pengalaman rakan yang meminati bidang agro sama ada sebagai tanaman hiasan, sara diri atau komersial. Juga sebagai medan mempromosikan teknik berkaitan agro dan hasil yang diusahakan.Semoga ruangan ini memberi manafaat kepada kita semua- Budr® Agrohias.blogspot.com

COUNTER

Translator

Ahad, 2 Ogos 2015

Pokok Tin Koleksi Rakan-rakan Dan Anak Pokok

Lanjutan daripada posting saya yang lalu, saya berkesempatan membuat tinjauan ke laman hias beberapa orang sahabat yang menanam tanaman ini secara suka-suka dan mengkomersialkannya secara kecil-kecilan. Halaman Sk Seri Besout adalah tempat persinggahan saya yang pertama.Bertemu dengan Guru Besarnya En. Abas bin Saman, Penolong Kanannya Tn. Hj Roslan dan En. Ismail Penyelaras Projek Tanaman Tin Sk Sri Besout.

Menurut Penyelaras Projek, En. Ismail projek ini bermula sejak bulan Februari 2015 yang lalu.Kini terdapat kira-kira 30 pokok Tin dari pelbagai spesis dan kesemuanya baka luar negara. Pohon Tin yang paling mahal berharga kira-kira RM 1600 sepokok diperolehi daripada negara Spanyol.

Pokok-pokok tin yang telah matang ini telah mula dipasarkan secara on-line dan ketika ditemui En. Ismail baru sahaja selesai membuat kerja-kerja "tut" pada dahan pokok matang. Anak-anak pokok yang diperolehi dari hasil "tut" ini kemudiannya dijual dengan harga RM 100-400 mengikut jenis dan spesis pokok. Buah-buah  tin yang dihasilkan melalui anak benih proses ini akan kekal keasliannya mengikut baka pokok asal.

Menurut Penyelaras Projek ini lagi, mereka tidak menggunakan racun dan baja kimia untuk pengawalan serangga dan proses tumbesaran pokok sebaliknya menggunakan bauan-bauan dan baja organik bagi memastikan keselamatan persekitaran, lebih-lebih lagi projek dilaksanakan di kawasan sekolah.

Sehingga kini pokok tin Sk Sri Besout telah mendapat tempahan yang menggalakkan, bukan sahaja dalam kalangan peminat tempatan bahkan peminat pokok tin dari luar negeri Perak.

Tn. Hj Roslan Lee menunjukkan pokok tin yang matang dan sedang mengeluarkan hasil.






En. Abas Guru Besar SK Sri Besout membawa saya meninjau tanaman pokok tin yang diusahakan oleh kelas Pendidikan Khas.







KAEDAH TANAMAN BIJI BENIH

Seorang lagi pengusaha tanaman ini secara sampingan dan suka-suka ialah En. Sharul Nizam yang tinggal sekitar Bukit Merah, Gunong Semanggol. Sewaktu pulang berhari raya, saya sempat meninjau di persekitaran rumahnya. Terdapat juga pokok-pokok tin yang telah mengeluarkan buah. 

Uniknya En. Shahrul Nizam membiakkan pokok benih menggunakan kaedah tradisional iaitu pembiakan biji benih. Ratusan anak benih yang dihasilkan. Pengusaha ini juga menanam pokok-pokok ini secara bebas tanpa menggunakan "kurungan" seperti pengusaha lain. 

Menurut En. Shahrul Nizam, musuh terutama sejenis hama putih seperti kupu-kupu kecil kerap menyerang. Beliau menggunakan racun serangga perosak yang agak ringan seperti yang digunakan pada pokok cili untuk mengusir serangga jenis itu.Cara penyemburannya pada bahagian bawah daun untuk mengelakkan kesan racun kekal lama di dalam buah sekiranya pokok-pokok yang dirawat sedang berbuah.

Beliau juga menggunakan baja kimia yang mempunyai sebatian yang sama seperti 15:15:15 untuk proses tumbesaran. 

Risiko menanam pokok hasil cambahan biji benih ini ialah masa yang diambil untuk pokok mengeluarkan buah agak lama hingga menjangkau 6 bulan lebih. Pokok jantan juga mungkin sukar untuk dielakkan namun beliau mengatasinya dengan kaedah cantuman atau "dikahwinkan" melalui cantuman tunas.

En. Shahrul Nizam dengan pokok-pokok Tin Kaedah Pembiakan Biji Benih.






Sempat jugalah saya beli kira-kira 19 anak pokok tin untuk ditanam sekitar rumah dan memenuhi permintaan rakan-rakan yang mahu mencuba tanaman ini. Harganya pun agak murah berbanding harga pasaran melalui kaedah "tut".

Saya juga menerima kiriman foto seorang lagi rakan yang mengusahakan tanaman ini sejak beberapa bulan dulu. Abang Mat yang bermastautin di Selangor juga merupakan rakan pancing saya dan Grop Puakajoran. Menurut Abang Mat, beliau belum lagi mahu memasarkan hasil tanamannya. Hanya untuk perkongsian sahaja.

Abang Mat (berbaju putih) berpuas hati dengan pokok tinnya yang ramah berbuah.

Pesanan kepada peminat pokok ini, awasi getah pada daun pokok. Baunya agak enak namun boleh menghasilkan kesan lecur seperti terkena getah bacang pada orang yang mempunyai alahan terutama kulit yang agak sensetif.

Daun pokok ini juga dikatakan boleh dibuat serbuk teh jika tahu mengusahakannya.

Peminat yang ingin mendapatkan anak pokok secara "tut" bolehlah berhubung dengan Sk Sri Besout dengan melayari laman sesawang mereka yang telah saya paparkan dalam posting sebelum ini. Rakan-rakan yang tinggal di sekitar Slim River yang ingin memiliki anak pokok melalui kaedah semaian biji benih bolehlah berhubung dengan saya melalui aplikasi WhatsApp 0195578621. Bekalan anak pokok tidak selalu ada, anda perlu membuat tempahan terlebih dahulu.

2 ulasan:

  1. Wah,,,akhirnya ada artikel baru...

    Pokok Tin...tengah rancak sekarang di sana sini...

    BalasPadam

nuffnang

Senarai Blog Pilihan